Thursday, December 24, 2009

BARU HENDAK BERTUNAS SUDAH DIPETIK, LAMA-LAMA MATILAH POKOKNYA

Kalau pokok yang bertunas atau baru berpucuk muda dipetik, lama kelamaan pokok yang baru nak hidup itu akan mati juga akhirnya.

Kebanyakkan ahli perniagaan kita mengikut adat resam yang inilah. Belum siap projek dapat bayaran separuh dan beli kereta besar dan sebagainya. Akhirnya projek tak siap.itulah yang terjadi.

NAIK MEMBILANG ANAK TANGGA, TURUN SELANGKAH JEJAKLAH BUMI

Masa memainkan peranan dalam hidup. "kerana masa itu emas" amat penting..
Naik membilang anak tangga. Apa maksudnya? Cuba bayangkan bila kita naik tangga, kita kan selalu mengira anak tangga. Sebab apa? Sebab kita tahu naik tangga itu penat. Ambil masa nak sampai ke atas. Tapi bila turun sekejap saja bukan?

Maksud peribahasa 'Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah bumi' ialah untuk memperolehi kejayaan selalunya memang lambat, tetapi apabila hendak jatuh mudah sekali. Malangnya dalam kehidupan biasanya apabila kita jatuh, barulah kita tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Sebab itu, jatuh itupun nikmat dari Allah s.w.t. Dari situlah kita bermuhasabah diri. Ingat! mestilah Sentiasa berusaha dahulu, barulah kita berserah kepadaNya.
Bagi mereka yang cuba mengecap kejayaan, berhati-hatilah dan semoga berjaya.

AIR TAWAR SECAWAN DITUANG KE LAUT, TAKKAN DAPAT MENGHILANGKAN RASA
MASINNYA.


Di mana ada air tawar secawan boleh mendatangkan kesan ke atas air laut? Kemasinan air laut itu tentu tidak terjejas. Sesungguhnya air laut itu amat luas.

Maksudnya pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban yang besar.

kita hanya mampu membuat sedikit perkara, dan perkara tersebut tidak dapat menghilangkan/mengubah perkara yang pada asalnya.

0 Comment:

Post a Comment